22,597 kes Covid-19 direkodkan hari ini

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia pada Sabtu merekodkan sebanyak 22,597 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding Jumaat iaitu 22,070 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,685,510.

Katanya, Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes, diikuti Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162) dan Pulau Pinang (1,920).

“Sebanyak 1,896 kes direkodkan di Johor, Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739), Pahang (579), Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (5), “ katanya.

Menerusi kenyataan rasminya, Dr Noor Hisham menjelaskan. daripada jumlah kes baharu pada Sabtu, majoritinya iaitu 22,129 kes atau 97.9 peratus terdiri daripada pesakit Covid-19 kategori satu dan dua, manakala 468 (2.1 peratus) adalah pesakit Kategori tiga, empat dan lima.

“Secara keseluruhan, 17,345 (76.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya

Beliau berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 19,492 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan inidividu sembuh daripada wabak itu di Malaysia kini melebih 1.4 juta.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 268,548, manakala kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini 986 orang termasuk 451 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, terdapat 252 kematian baharu dilaporkan merangkumi 220 kematian di hospital dan 32 adalah mati ketika dibawa (BID).

Setakat ini juga, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 36 kluster baharu yang merangkumi 23 kluster di tempat kerja, 12 kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. - Bernama