X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Tiada gerakan singkir Anwar: PKR Johor

Anwar Ibrahim
A
A

KULAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menafikan terdapat usaha menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin parti itu dan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse menjelaskan, tiada gerakan di peringkat negeri atau Pusat untuk menyingkirkan Presiden PKR itu.

"PKR Johor sendiri telah mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan beliau sebagai Presiden parti dan menerajui PH untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya kepada pemberita selepas Program Agihan Percuma Kit Ujian Kendiri Covid-19 di Flat Cengal, Taman Putri Kulai di sini pada Sabtu.

Wee Tse (tengah) mengagihkan 150 Kit Ujian Kendiri Covid-19 di Flat Cengal, Taman Putri Kulai, Kulai pada Sabtu.
Wee Tse (tengah) mengagihkan 150 Kit Ujian Kendiri Covid-19 di Flat Cengal, Taman Putri Kulai, Kulai pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu itu berkata, isu tersebut timbul mungkin disebabkan baru-baru ini terdapat perselisihan pandangan berhubung tawaran rentas parti oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, khidmat Anwar masih diperlukan dan masih merupakan individu terbaik untuk memimpin bukan sahaja PKR tetapi PH dan negara.

"Kepimpinan Anwar masih relevan kerana mempunyai pengalaman amat luas sama ada dalam kancah politik tempatan mahupun di peringkat antarabangsa," jelas beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!