X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Malaysia sedia berdepan kesan konflik India, Pakistan

Saifuddin ditemui di selepas merasmikan majlis peluncuran pameran sulung lukisan-lukisan Badariah Abdul Hamid, hari ini.
A
A

PETALING JAYA – Malaysia perlu bersedia berdepan sebarang kemungkinan implikasi hubungan dagang susulan konflik India dan Pakistan yang sedang runcing mutakhir ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, masih terlalu awal untuk Malaysia menjangkakan impak krisis India dan Pakistan itu terhadap perdagangan negara.

“Terlalu awal untuk jangka impak hubungan dagang antara kita dan kedua-dua negara, namun saya percaya rakan saya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengikuti perkembangan krisis itu secara dekat.

“Kerana ini satu insiden yang dalam konteks hubungan dagang kita tidak jangkakan..semestinya kita kena bersedia memahami potensi konflik dengan negara-negara yang ada urusan dagang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis peluncuran pameran sulung lukisan-lukisan Badariah Abdul Hamid, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun,berkata, buat masa ini jangkaan kesan konfrantasi antara dua negara berjiran itu masih terlalu awal untuk dijangkakan.

“Malaysia dan Pakistan rakan dalam Kumpulan G-8, sudah tentu kita mempunyai hubungan yang dekat dan kita akan tengok kesan terdekat apabila krisis ini akan memberi implikasi pada perdagangan kedua-dua negara,” ujarnya.

Baru-baru ini, Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara, Kashmir.

Ia sekali gus menyebabkan hubungan antara kedua jiran berkenaan kembali tegang.

Langkah itu dilakukan sehari selepas India melakukan serangan udara di kawasan sama, tindakan berani pertama negara itu dalam tempoh 50 tahun, dipercayai untuk membanteras aktiviti keganasan.

Sementara itu, Pakistan menegaskan, serangan yang dilakukan disasarkan kepada kawasan bukan ketenteraan di sempadan itu dan tidak memasuki ruang udara India dan ia bertujuan menunjukkan kemampuan pertahanan negara itu.

Namun, kedua-dua negara menegaskan tidak berniat untuk melakukan sebarang ketegangan.

India dalam pada itu menegaskan serangan yang dilancarkan pada Selasa disasar ke kem militan Jaish-e-Mohammed (JeM) yang didakwa terlibat dalam serangan bom bunuh diri pada 14 Februari membunuh 40 orang di Kashmir.

Kini, India telah menutup sekurang-kurangnya empat lapangan terbang di kawasan utara negara itu, termasuk di Pathankot, Leh, Srinagar, Jammu dan Amritsar.

Kedua-dua negara itu telah berperang sebanyak tiga kali sejak kemerdekaan daripada pemerintahan kerajaan British pada tahun 1947 dan hampir berperang pada tahun 2002 selepas Pakistan melancarkan serangan militan ke Parlimen India.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!