X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend menurun sejak empat hari lalu. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend menurun sejak empat hari lalu.

Pada Jumaat, ia direkodkan pada 1.01 berbanding 1.02 pada hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak mencatat nilai Rt tertinggi dengan 1.23, diikuti Perlis (1.21), Sabah (1.18), Pulau Pinang (1.13), Johor (1.08), Perak (1.06), Kelantan (1.06), Kedah (1.04) dan Terengganu (1.03).

Manakala Pahang mencatat Rt sama dengan purata kebangsaan dan negeri/wilayah dengan nilai Rt lebih rendah ialah Melaka (0.99), Selangor (0.96), Kuala Lumpur (0.83), Negeri Sembilan (0.79) dan Putrajaya (0.78).

Labuan pula mencatatkan lapan kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, sementara yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!