X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Jenazah Tun Ahmad Sarji masih berada di hospital

Ahmad Sarji dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital pada pagi Sabtu.
A
A

SHAH ALAM – Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia pada jam 1.40 pagi tadi masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Ia dimaklumkan oleh keluarga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.

“Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan ayahanda kami, Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.40 pagi, 28 Ogos bersamaan 19 Muharram 1443.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimakumkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Sarji dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat komplikasi Covid-19.

Ahmad Sarji menjadi Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 ketika pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Sarji meninggal dunia


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!