X

Kindly register in order to view this article
!

Ronaldo, Manchester United kembali bertaut

IMBAS KEMBALI...Ronaldo (kanan) ketika menjaringkan gol keduanya semasa beraksi untuk Manchester United menentang Fulham dalam aksi EPL pada 3 Disember 2007. - Foto AFP
A
A

GERGASI Inggeris, Manchester United mengesahkan The Red Devils sudah mencapai persetujuan untuk merekrut semula bekas penyerang sensasi kelab itu Cristiano Ronaldo dari kelab Serie A, Juventus.

Pemain berusia 36 tahun itu sebelum ini ketika bersama The Red Devils pernah meraih lapan kejuaraan utama dari 2003 hingga 2009 kembali semula ke Old Trafford setelah 12 tahun meninggalkan kelab itu untuk menyahut cabaran bersama gergasi La Liga, Real Madrid.

"Manchester United dengan gembira mengesahkan bahawa pengurusan kelab sudah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi perpindahan Cristiano Ronaldo, namun tertakluk kepada terma peribadi, visa dan laporan perubatan," kata kelab tersebut dalam satu kenyataan.

Biarpun begitu nilai perpindahan tidak dinyatakan, namun menurut laporan media Britain dan Itali, Manchester United merekrut Ronaldo dengan nilai £24 juta pound (RM138.4 juta).

Perkhabaran terkini itu sekaligus melenyapkan desas-desus sebelum ini yang kapten Portugal tersebut akan menyertai penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City yang juga musuh setempat Manchester United.

Cristiano, yang juga pemenang lima kali Anugerah Ballon d’Or, sehingga ini telah memenangi 30 trofi sepanjang kariernya termasuk lima kejuaraan Liga Juara-Juara, empat kejuaraan Piala Dunia Kelab, tujuh kejuaraan liga di England, Sepanyol dan Itali, serta kejuaraan Euro bersama Portugal.

Sepanjang menyarung jersi The Red Devils sebelum ini, Ronaldo telah menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!