13 kes kematian Covid-19 di Negeri Sembilan

Pasukan mengurus jenazah Covid-19 sedang melakukan pengkebumian di salah sebuah tanah perkuburan di Kuala Pilah pada Jumaat. - Foto ihsan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Pasukan mengurus jenazah Covid-19 sedang melakukan pengkebumian di salah sebuah tanah perkuburan di Kuala Pilah pada Jumaat. - Foto ihsan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) pada Jumaat.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negeri sebanyak 997 orang.

"Setakat hari ini, terdapat 338 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 90,318 kes.

"Dukacita dimaklumkan, terdapat penambaham 13 kes kematian berkaitan Covid-19 telah dilaporkan kepada CPRC Negeri Sembilan hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, daripada jumlah kumulatif yang dicatatkan itu, sebanyak 86,580 kes telah sembuh dan discaj manakala 2,741 pesakit lagi masih menerima rawatan di wad.

Katanya, terdapat 6,700 kes yang aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir.

"Sehingga kini, terdapat 61 kluster (45 Kluster tempatan dan 16 Kluster import) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

"Terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada semua kluster, namun antara yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Kampung Arab sebanyak 14 kes menjadikan kumulatif kes bagi kluster ini sebanyak 126 kes," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Veerapan berkata, daerah Seremban mencatatkan kes baharu Covid-19 paling tinggi dengan 181 kes, diikuti daerah Port Dickson (46 kes), Jempol (38 kes), Rembau (29), Tampin (26), Kuala Pilah (10), Jelebu (6) dan Pusat Kuarantin sebanyak dua kes.