Atlet memanah para negara cemerlang

Wiro Julin menamatkan saingan hari pertama acara memanah Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada kedudukan ke-26 apabila meraih 637 mata dalam acara compound di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, pada Jumaat.

A
A
A

ATLET memanah para negara, Wiro Julin menamatkan saingan hari pertama acara memanah Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada kedudukan ke-26 apabila meraih 637 mata dalam acara compound di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, pada Jumaat.

Atlet berusia 26 tahun itu turut berjaya mengatasi catatan 646 mata yang dilakukannya dalam satu kejohanan di Republik Czech pada Julai.

Wiro yang mendapat bye bagi pusingan pertama, dijadualkan berentap dengan atlet dari Rusia, Bair Shigaev pada pusingan kedua pada Sabtu.

Seorang lagi atlet memanah para negara, S Sureh pula menamatkan saingan hari pertama dengan meraih 579 mata dalam acara recurve.

S Sureh tamatkan saingan hari pertama dengan meraih 579 mata dalam acara recurve.
S Sureh tamatkan saingan hari pertama dengan meraih 579 mata dalam acara recurve.

Catatan mata itu menyaksikan atlet berusia 28 tahun itu mengatasi catatan 557 mata yang dicatatkannya pada kejohanan di Republik Czech pada Julai.

Sekali gus, menyaksikan juara memanah dunia edisi 2019 itu menamatkan saingan hari pertama dengan berada pada kedudukan ke-28.

Suresh bakal berdepan seorang lagi pemanah Rusia, Bato Tsydendorzhiev, pada 3 September.

Artikel Berkaitan: