Dr Mahathir kecewa barisan kabinet Ismail Sabri

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kekecewaannya dengan barisan kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Mahathir berkata, beliau melihat tidak ada yang berubah daripada barisan kabinet semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Saya dapati bahawa bahawa tidak ada banyak perbezaan daripada kabinet Muhyiddin. Orang yang sama dilantik,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pembentukan kabinet Ismail Sabri pada Jumaat.

Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menambah, orang yang tidak berjaya semasa Muhyiddin telah dilantik semula oleh Ismail Sabri.

“Tambah pula ada orang macam (Datuk Seri) Shahidan Kassim semua itu. Mereka boleh cakap tapi nak buat kerja saya dapati bahawa tidak ada tekanan berkenaan dengan bagaimana nak mengurangkan kes-kes Covid-19 ini.

“Kes ini bertambah, tapi asyik bercakap pasal politik seperti nak adakan kerjasama kononnya dengan parti lawan. Macam-macam semua politik.

“Berkenaan dengan masalah rakyat menderita (dan) mati begitu ramai tidak nampak satu pun tindakan yang diambil atau diberi perhatian,” dakwanya.

Artikel Berkaitan: