Lagi kes dera di pusat jagaan kanak-kanak di AS

Wilma Brown (kiri) dan Ariana Silver berdepan tuduhan melakukan penderaan kanak-kanak susulan insiden di pusat jagaan Brighter Day Care and Preschool, pada Februari lalu. - Foto AP
Wilma Brown (kiri) dan Ariana Silver berdepan tuduhan melakukan penderaan kanak-kanak susulan insiden di pusat jagaan Brighter Day Care and Preschool, pada Februari lalu. - Foto AP
A
A
A

MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Missouri berdepan tuduhan melakukan penderaan apabila rakaman video menunjukkannya menolak seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hingga mengalami kecederaan di kepala menjadi tular.

Tuduhan terhadap Wilma Brown, 27, pekerja di Brighter Day Care and Preschool, Missouri difailkan di St. Louis, Khamis lalu.

Dalam insiden 1 Februari lalu, ibu mangsa mendapat panggilan mengatakan anak perempuannya terjatuh di pusat jagaan terbabit dan kepalanya mengalami luka dalam yang memerlukan tujuh jahitan.

Namun setelah lima hari insiden berlaku, keluarga mangsa yang berasa curiga kembali ke pusat jagaan berkenaan dan meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Turut sama menonton rakaman tersebut adalah pengarah pusat jagaan terbabit dan apa yang terjadi sebenarnya amat mengejutkan.

Tertuduh, dengan jelas kelihatan 'melempar' kanak-kanak tersebut dengan kasar lalu terkena sebuah kabinet dan mengakibatkan kecederaan.Susulan kes tersebut, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Brown.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan pada 27 Februari lalu di pusat jagaan sama, pihak pendakwa turut mengenakan tuduhan terhadap seorang pekerja bernama Ariana Silver yang didapati mendera seorang kanak-kanak berusia empat tahun dengan mengangkat kanak-kanak tersebut di bahagian kaki dengan kasar.

Peguam pusat jagaan terbabit, Timothy Smith berkata, kedua-dua pekerja wanita berkenaan telah pun diberhentikan dan pusat jagaan akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Artikel Berkaitan:

Smith turut menambah pusat jagaan terbabit mempunyai pengalaman selama lebih sedekad dalam perkhidmatan jagaan kanak-kanak di samping mempunyai guru dan pekerja yang terlatih. - AP