X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

RMK12 akan tetapkan hala tuju ekonomi: Mustapa

Mustapa - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi, akan menetapkan hala tuju ekonomi negara untuk jangka sederhana dan jangka panjang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang diumumkan dalam barisan kabinet baharu pada Jumaat berkongsi penekanan mengenai RMK12 tersebut selepas pelantikan beliau.

“Saya percaya kombinasi barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan efisien demi kesejahteraan rakyat serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada pandemik Covid-19,” kata beliau dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Mustapa juga menyifatkan pelan tersebut sebagai kesinambungan terhadap asas yang dibina oleh Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-ALLAH, barisan jemaah menteri dan timbalan menteri ini akan berganding bahu untuk memastikan agenda budaya kerja prestasi tinggi yang dibawa oleh Perdana Menteri dapat dijayakan,” kata beliau.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Jeli itu juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus melaksanakan tugas sebagai menteri dalam portfolio itu.

“Sesungguhnya ini adalah satu amanah besar untuk menjayakan usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” kata beliau. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!