X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Surau Al-Barakah Bank Rakyat bantu 136 keluarga mangsa Covid-19

Wakil dari cawangan Bank Rakyat (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
A
A

SHAH ALAM - Surau Al-Barakah Bank Rakyat melalui platfrom Jariah al-Barakah telah menyalurkan sumbangan kepada 136 keluarga mangsa Covid-19 di seluruh negara sebagai inisiatif Dana Bantuan Mangsa Covid-19.

Sekretariat Jariah al-Barakah telah melaksanakan inisiatif dana itu bertujuan untuk memberi kelegaan kepada mereka yang terkesan dengan Covid-19.

Kutipan sumbangan bagi inisiatif itu telah dijalankan selama sebulan bermula 8 Jun hingga 7 Julai 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, penerima sumbangan Dana Bantuan Mangsa Covid-19 telah dikenal pasti oleh cawangan Bank Rakyat menerusi maklumat oleh ketua masyarakat seperti pengerusi jawatankuasa dan juga imam di kawasan tersebut.

Syed Abdul Aziz Syed Hassan
Syed Abdul Aziz Syed Hassan

“Menerusi inisiatif ini, sebanyak RM250 telah disedekahkan kepada setiap keluarga mangsa Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, sumbangan itu diperoleh daripada warga kerja Bank Rakyat dan juga masyarakat luar yang prihatin dengan kesukaran dialami mangsa Covid-19.

“Jariah al-Barakah diperkenalkan melalui kerjasama Bank Rakyat dengan Surau Al-Barakah Bank Rakyat pada tahun lalu.

“Platform itu berfungsi sebagai medium untuk warga kerja Bank Rakyat dan masyarakat menyumbang seterusnya membantu mereka yang kurang berkemampuan khususnya untuk golongan B40.

“Hasil kutipan yang diperoleh akan dilaburkan dan kemudiannya keuntungan pelaburan tersebut disalurkan untuk pembangunan sektor pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif yang dijalankan melalui Jariah al-Barakah mampu membuka ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama membantu mereka yang kurang berkemampuan terutamanya semasa menghadapi kehidupan pasca Covid-19.

Mereka yang berhasrat untuk membuat sumbangan boleh berbuat demikian dengan menggunakan medium perbankan dalam talian menerusi akaun Surau Al-Barakah, 11-0146-412-2 (Bank Rakyat) atau perkhidmatan JomPay (Kod Biller: 26492).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!