Berserah kepada ALLAH SWT, keputusan rakyat - Nik Aziz

Nik Aziz Afiq membuang undi di Pusat Mengundi,Dewan Orang Ramai Semenyih. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Nik Aziz Afiq membuang undi di Pusat Mengundi,Dewan Orang Ramai Semenyih. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

SEMENYIH - Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyediakan saluran tambahan di pusat mengundi bagi melancarkan lagi proses pengundian.

Nik Aziz berkata, beliau dimaklumkan dua saluran ditambah untuk pengundi warga emas.

"Sebelum ini pusat mengundi saya adalah di balairaya Kampung Tanjung, tempat itu kurang selesa.

"SPR telah membuat keputusan untuk memindahkan pusat mengundi ke Dewan Orang Ramai Semenyih untuk memberi keselesaan kepada pengundi," katanya.

Beliau juga berharap peratus orang ramai yang keluar mengundi meningkat berbanding sebelum ini.

"Sebenarnya saya risau peratus yang keluar mengundi rendah kerana mood pengundi berbeza berbanding PRU lalu," katanya.

Nik Aziz berkata, beliau juga berpeluang untuk menang PRK DUN Semenyih.

"Namun saya berserah kepada ALLAH SWT dan keputusan rakyat untuk memilih calon yang terbaik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bapanya, Abdul Abdul Karim, 60, berkata, bersyukur kerana PSM memilih anaknya menjadi calon parti itu.

"Kami sekeluarga menyokong penyertaan Nik Aziz dalam PSM, dia merupakan anak yang sentiasa membantu orang miskin.

"Saya juga yakin pengundi Semenyih akan membuat pilihan yang bijak memilih wakil rakyat yang mampu membawa isu rakyat pada sidang DUN," katanya.