‘Terima kasih PM beri kepercayaan untuk saya kekal pimpin MITI’

Azmin
Azmin
A
A
A

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan dan amanah untuk beliau terus kekal memimpin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, beliau komited untuk memastikan ekonomi akan terus mara atas pertumbuhan mampan dan pemulihan yang lestari demi 'keluarga Malaysia'.

“Kembali untuk berkhidmat,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin turut sama mengucapkan penghargaannya kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dalam kabinet.

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

“Tiga prinsip yang diutarakan Perdana Menteri tadi iaitu peka, bertanggungjawab dan amanah, serta mengembalikan keyakinan rakyat akan digenggam erat.

“Doakan kami dapat berkhidmat sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pengumuman Ismail Sabri mengenai barisan kabinetnya, Azmin kekal menjawat jawatan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Zuraida yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertukar portfolio kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.