Kes baharu 2,878 tertinggi di Johor

VIDYANANTHAN
VIDYANANTHAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor merekodkan 2,878 kes baharu Covid-19 pada Khamis, sekali gus merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata tiga daerah yang menyumbang peningkatan kes terbabit ialah Johor Bahru dengan 1,288 kes (46.2 peratus) diikuti Kluang 500 kes (18 peratus ) dan Kulai, 206 kes (7.4 peratus)

Menurutnya, sebanyak 1,228 kes kontak rapat positif dilaporkan dengan 10 kluster baharu iaitu lima kluster industri; dua kluster komuniti dan tiga kluster institusi melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Kluang.

" Terdapat beberapa faktor utama kepada peningkatan kes berlaku antaranya masih berlaku pergerakan di antara negeri selain peningkatan kejadian di dalam kluster.

"Kluster industri menyumbangkan 72 peratus daripada kluster yang masih aktif dengan 12,201 kes. Selain kluster komuniti yang semakin kerap dilaporkan dan telah menyumbang

sebanyak 10 peratus daripada kluster aktif semasa dengan 1,246 kes," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar lebih bertanggungjawab dengan mematuhi segala prosuder operasi standard ( SOP) bagi membolehkan Johor yang kini berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) beralih ke Fasa 2.

"Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita semua perlu mengambil berat tentang tidak merisikokan diri sendiri mahupun keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Semua pihak seharusnya memandang serius kesan kepada masyarakat berhubung wabak Covid-19 ini. Kita perlu mengurangkan pergerakan atau aktiviti menziarahi keluarga bagi mengekang penularan dalam kalangan komuniti," katanya.