Tradisi masak bubur Asyura diteruskan

Suaibah memerhati Pengerusi Primula Beach Hotel, Datuk Mustafa Ali (tengah) mengacau bubur Asyura bersempena program kacau bubur Asyura dalam normal baharu, pada Khamis.
Suaibah memerhati Pengerusi Primula Beach Hotel, Datuk Mustafa Ali (tengah) mengacau bubur Asyura bersempena program kacau bubur Asyura dalam normal baharu, pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tradisi memasak bubur Asyura yang semakin dilupakan dalam kalangan orang muda, dihidupkan semula Primula Beach Hotel di sini, yang memasak makanan itu secara bergotong-royong dalam suasana norma baharu, pada Khamis.

Majlis berkenaan dimulakan jam 8 pagi itu menggunakan resipi cef dari hotel berkenaan yang menggabungkan bahan seperti lengkuas, serai, halia, daging, ayam, beras, santan dan rempah ratus.

Gotong-royong memasak bubur Asyura ini mengambil masa selama tujuh hingga sembilan jam sebelum diedar kepada peserta yang mengambil bahagian selain diagihkan kepada masjid dan surau berdekatan.

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata, sebanyak tiga kawah bubur Asyura dimasak secara bergotong-royong melibatkan 20 warga kerja keseluruhannya.

"Pengagihan bubur asyura ini kepada mereka yang memerlukan, juga bagi mengingatkan kita semua bahawa walaupun keadaan semasa dan ekonomi negara masih tidak sihat, namun tiada alasan untuk kita tidak membuat program amal.

"Aktiviti sedemikian juga akan terus dikekalkan bagi mengeratkan ukhwah sesama kakitangan di samping memupuk keceriaan dalam program sedemikan sambil beramal," ujarnya ketika ditemui selepas program mengacau Bubur Asyura di Anjung Primula, pada Khamis.

Turut hadir, bersempena program berkenaan Pengerusi Primula Beach Hotel Datuk Mustafa Ali.

Tambah Suaibah, walaupun ia dilakukan secara sederhana, kemeriahan dan keharmonian sesama individu dapat dilihat semasa mereka, menyediakan bahan keperluan dan mengacau bubur asyura secara gotong-royong hinggalah kepada proses agihannya.

Artikel Berkaitan:

Pada masa yang sama katanya, selain untuk memberi pendedahan kepada golongan muda tentang cara penyediaan makanan tradisi itu, program ini dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan awal Muharam.