Sila log masuk terlebih dahulu.

209 jenazah Covid-19 dikebumikan di Raudhatul Baqi’

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ lokasi jenazah Covid-19 dari Hospital Serdang dikebumikan. Gambar kecil : Abd Hamid.
Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ lokasi jenazah Covid-19 dari Hospital Serdang dikebumikan. Gambar kecil : Abd Hamid.
A
A
A

CYBERJAYA - Sebanyak 209 jenazah Covid-19 telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ di sini dalam tempoh 26 hari sehingga 28 Ogos lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussain berkata, tanah perkuburan tersebut telah dijadikan salah satu lokasi tempat pengebumian jenazah Covid-19 dari Hospital Serdang sejak 31 Julai lalu.

Menurutnya, sebanyak 115 jenazah lelaki dan 94 jenazah wanita telah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

"Daripada jumlah itu, 101 orang terdiri warganegara Malaysia manakala bukan warganegara pula sebanyak 108 jenazah," katanya pada Mesyuarat Ahli-ahli Majlis di MPSepang di sini pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah pengurusan pembakaran mayat Covid-19 terkumpul di Krematorium Sepang, Tanah Perkuburan Bersepadu sehingga 25 Ogos 2021 adalah sebanyak 59 orang.

Jelasnya, Krematorium Sepang, Tanah Perkuburan Bersepadu telah beroperasi selama 17 hari yang mana telah memulakan operasi pada 9 Ogos 2021.

"Jumlah pengurusan bagi pembakaran mayat Covid-19 bagi kategori lelaki adalah sebanyak 41 orang dan 18 perempuan.

"Ia melibatkan mayat 43 rakyat Malaysia manakala bukan warganegara pula sebanyak 16 orang," katanya.

Artikel Berkaitan: