111 projek perumahan terbengkalai di Selangor

Sebanyak 111 projek perumahan terbengkalai membabitkan 15,010 unit kediaman dikenal pasti di seluruh Selangor dan masih belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat. Gambar kecil : Rodziah.
Sebanyak 111 projek perumahan terbengkalai membabitkan 15,010 unit kediaman dikenal pasti di seluruh Selangor dan masih belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat. Gambar kecil : Rodziah.
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 111 projek perumahan terbengkalai membabitkan 15,010 unit kediaman dikenal pasti di seluruh Selangor dan masih belum mempunyai kontraktor atau pemaju penyelamat.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, daripada jumlah itu, daerah Klang merekodkan projek perumahan terbengkalai tertinggi dengan 39 projek membabitkan 4,392 unit.

Beliau berkata, kerajaan negeri bertindak sebagai fasilitator dalam usaha memulih atau menyelesaikan isu projek terbengkalai walaupun bidang kuasanya terhad.

“Setiap projek bermasalah itu akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung, pada Jumaat.

Rodziah berkata demikian bagi menjawab soalan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bharu) berhubung jumlah mengenai projek perumahan terbengkalai di Selangor.

Dalam pada itu, Rodziah memberitahu, jawatankuasa berkenaan turut mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pihak berkepentingan seperti pembeli rumah, pemilik tanah, tuan tanah, pemaju asal, Jabatan Insolvensi secara berkala bertujuan mencari kaedah penyelesaian terbaik.

“Perbincangan dengan semua jabatan teknikal turut dilaksanakan bertujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minimum bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu keselamatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: