2,234 permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor ditolak

Siti Mariah
Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 2,234 permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) telah ditolak oleh kerajaan Selangor manakala 209 lagi masih berada dalam peringkat proses permohonan, kata Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut Siti Mariah, antara sebab permohonan berkenaan ditolak adalah berikutan tiada sebarang penghantaran dokumen dibuat sehingga tarikh akhir permohonan serta kegagalan pihak terlibat melengkapkan dokumen berkaitan.

Beliau berkata, sehingga kini, penerima bantuan Anis di Selangor adalah seramai 405 orang meliputi 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jumlah permohonan yang diterima oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun adalah sebanyak 2,817 permohonan dalam talian dengan jumlah permohonan yang telah diluluskan sebanyak 405 orang,” katanya sewaktu Persidangan DUN Selangor yang berlangsung, pada Jumaat.

Siti Mariah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dibangkitkan Rozana Zainal Abidin (PKR-Permatang berhubung jumlah terkini penerima bantuan Anis di Selangor.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan wabak Covid-19 di Selangor, Siti Mariah berkata, bekalan vaksin di negeri ini telah mengalami pertambahan mendadak menjelang Jun dan Julai lalu.

“Pemberian vaksin di negeri ini telah melalui pertambahan sebanyak 528,330 untuk bulan Jun dan 2.94 juta dos pada bulan Julai 2021.

“Dengan pertambahan jumlah dos vaksin ini, kita dapat meningkatkan lagi kadar vaksinasi di Selangor,” katanya.

Artikel Berkaitan: