Sejam diumum Menteri Kesihatan, KJ respons isu video suntikan

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Sejam diumum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar respons berhubung isu video suntikan melibatkan kementeriannya.

Khairy terus membuat ciapan di Twitter rasminya dengan memuat naik video seorang lelaki yang sedang menerima vaksin dengan ciapan "Assalamualaikum".

Lelaki itu mendakwa dia dihalang membuat rakaman video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengguna akaun Twitter, @winraffm pada Rabu memuat naik video berdurasi lapan saat yang menunjukkan tangan seorang pegawai bertugas menghalang rakaman berkenaan.

Dakwanya, jururawat yang melakukan suntikan terhadapnya membenarkan dia membuat rakaman video namun seorang pegawai bertindak menutup rakaman tersebut dengan alasan Khairy Jamaluddin telah meletak jawatan.

Tangkap layar Twitter Menteri Kesihatan yang baharu dilantik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Tangkap layar Twitter Menteri Kesihatan yang baharu dilantik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Punya la happening nurse tu layan siap bagi record. Datang seorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan," ciap lelaki itu hingga tular di Twitter.

Ia disifatkan sebagai satu tindakan biadab.

Artikel Berkaitan:

Video tersebut telah ditonton 745,300 tontonan sejak dimuat naik hingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin atas kapasitinya sebagai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membenarkan rakaman video dibuat susulan timbulnya isu-isu berkaitan suntikan seperti, picagari kosong.

Assalamualaikum. https://t.co/O9Wk0ke01h

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 27, 2021