X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat Algeria protes hasrat Presiden Bouteflika bertanding pilihan raya

Rakyat Algeria mengadakan bantahan menentang hasrat Presiden Bouteflika untuk bertanding dalam pilihan raya April depan.
A
A

ALGIERS - ALGERIA. Ribuan rakyat Algeria mengadakan protes besar-besaran menentang hasrat Presiden Abdelaziz Bouteflika untuk kekal bertanding dalam pilihan raya umum April depan.

Menurut pihak berkuasa, tujuh penunjuk perasaan dan lebih 50 anggota keselamatan cedera, sementara 45 lagi ditahan susulan protes yang menyaksikan polis melepaskan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.

Pengumuman Bouteflika untuk bertanding jawatan presiden bagi tempoh lima tahun lagi, mencetuskan kemarahan rakyat.

Bouteflika,82, jarang membuat penampilan umum sejak diserang strok pada 2013 dan ketika ini beliau sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Switzerland.

Berkuasa sejak 1999, Bouteflika berhasil menamatkan perang saudara yang mengorbankan lebih 100,000 nyawa.

Namun pengkritik berkata, kesihatan Bouteflika yang tidak begitu baik, menyebabkan beliau tidak mampu melaksanakan tugas sebagai presiden. - BBC


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!