Modi 'tabik spring' juruterbang ditawan Pakistan

Komander Sayap Abhinandan Varthaman (kanan) dibebaskan di lintasan sempadan Wagah, malam tadi.
Komander Sayap Abhinandan Varthaman (kanan) dibebaskan di lintasan sempadan Wagah, malam tadi.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Perdana Menteri Narendra Modi memuji keberanian juruterbang tentera udara India, Komander Sayap Abhinandan Varthaman sepanjang menjadi tawanan Pakistan.

Modi berkata, Varthaman layak digelar wira dan seluruh negara memberikan 'tabik spring' di atas keberaniannya.

Varthaman ditawan tentera Pakistan selepas jetnya ditembak jatuh semasa merentasi Garisan Kawalan (LoC) sempadan de facto memisahkan Kashmir yang ditadbir kedua-dua negara.

Beliau telah dipulangkan kepada India di lintasan sempadan Wagah kira-kira pukul 9.30 malam tadi (waktu tempatan).

Pembebasan Varthaman dibuat beberapa jam lebih lewat dari dijangkakan dengan keadaan matanya lebam. - NDTV

Artikel Berkaitan: