Percepatkan vaksinasi OKU terlantar di rumah

Dzul menyampaikan pelitup muka kepada orang ramai yang lalu di SJR Kampung Panchor di sini.
Dzul menyampaikan pelitup muka kepada orang ramai yang lalu di SJR Kampung Panchor di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Tiada komuniti orang kurang upaya (OKU) yang degil dan antivaksin di Kelantan bahkan mereka memberi kerjasama baik dalam urusan pemberian vaksin Covid-19.

Pengerusi Majlis Belia OKU Kelantan, Ahmad Dzul Azim Abdullah berkata, pihaknya difahamkan sebanyak 75.5 peratus golongan tersebut telah menerima vaksin.

“Alhamdulilah, komuniti OKU di negeri ini beri kerjasama baik untuk setiap janji temu vaksinasi mereka. Mereka bersemangat.

“Cuma kami berharap kerajaan dapat mempercepatkan vaksinasi untuk OKU terlantar di rumah.

Mereka ada kekangan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan agak membahayakan jika mereka terdedah persekitaran luar,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Sebelum itu, Dzul menyampaikan bendera dan pelitup muka kepada orang ramai yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Panchor di sini.

Menurutnya, pemberian bendera dan pelitup muka tersebut adalah sebagai tanda semangat kemerdekaan yang perlu diterapkan dalam diri setiap masyarakat walaupun dalam tempoh penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sebanyak 1,000 bendera dan 2,500 pelitup muka akan diagihkan sehingga 16 September depan.

Artikel Berkaitan:

“Agihan bendera ini akan melibatkan penduduk setempat dan beberapa lokasi tumpuan ramai.

"Cuma hari ini diagihkan di SJR ini. Kami akan singgah ke beberapa lagi lokasi SJR,” katanya.