X

Kindly register in order to view this article
!

Pakistan bebaskan juruterbang India

Rakaman Pakistani TV menunjukkan Komander Udara Abhinandan Varthaman bersedia melintasi sempadan. - Foto Reuters
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN. Islamabad dilapor membebaskan seorang juruterbang India yang ditahan selepas pesawat pejuangnya ditembak jatuh di Kashmir, pada 27 Februari lalu.

Menurut Pakistani TV, Komander Udara Abhinandan Varthaman dibebaskan di lintasan sempadan Wagah sekitar jam 9 malam waktu tempatan, semalam.

Pembebasan Varthaman dianggap sebagai 'tanda keamanan' pihak Pakistan, bertujuan meredakan ketegangan yang semakin memuncak bersama India susulan konflik semasa melibatkan kedua-dua negara.

Dalam pada itu, pihak berkuasa India turut mengesahkan pembebasan Varthaman dan berkata juruterbang berkenaan akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Terdahulu, Varthaman ditawan selepas pesawat pejuang MiG-21 yang dipandunya ditembak jatuh semasa merentasi Kawalan Garisan (LoC), sempadan de facto memisahkan Kashmir yang ditadbir kedua-dua negara.

Ketegangan antara kedua-dua negara jiran itu meningkat susulan insiden letupan bom kereta yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 anggota separa tentera India pada 14 Februari lalu.

Sehubungan itu, India menuduh penglibatan agensi perisikan utama Pakistan dan berikrar membalas dendam.

Ia diikuti serangan udara India ke atas sebuah kem latihan tentera di wilayah Balakot, Pakistan. - Press TV

ARTIKEL BERKAITAN: Pakistan tembak jatuh dua jet India


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!