Bekas tahanan Guantanamo dilantik jadi menteri

Mullah Zakir (dua dari kiri) dilantik sebagai Menteri Pertahanan baharu Emiriah Islam Afghanistan.
Mullah Zakir (dua dari kiri) dilantik sebagai Menteri Pertahanan baharu Emiriah Islam Afghanistan.
A
A
A

KABUL - Taliban melantik bekas tahanan penjara Teluk Guantanamo di Cuba sebagai Menteri Pertahanan yang baharu.

Pelantikan Mullah Abdul Qayyum Zakir merupakan langkah awal Taliban dalam usaha menghidupkan semula kerajaan baharu Afghanistan di tengah-tengah bencana kemarau, pandemik Covid-19 serta krisis kesihatan berpanjangan termasuk keselamatan.

Seorang pegawai kanan Taliban memberitahu Al Jazeera selain Mullah Zakir, dua lagi pejuang veteran kumpulan itu telah dipilih bagi mengetuai kementerian utama.

Berdasarkan laporan agensi berita Pajhwok, Gul Agha telah dinamakan sebagai Menteri Kewangan manakala Sadr Ibrahim memangku jawatan Menteri Dalam Negeri.

Pada 15 Ogos lalu, Taliban mengumumkan penubuhan semula kerajaan Emiriah Islam Afghanistan selepas kumpulan itu menguasai ibu kota Kabul. - Agensi

Artikel Berkaitan: