Jalan terus, usah pandang belakang lagi

Sudah tentu berita yang ditunggu-tunggu pada minggu ini adalah pengumuman barisan kabinet yang akan dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sudah tentu berita yang ditunggu-tunggu pada minggu ini adalah pengumuman barisan kabinet yang akan dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
A
A
A

SUDAH tentu berita yang ditunggu-tunggu pada minggu ini adalah pengumuman barisan kabinet yang akan dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sejak Perdana Menteri mengangkat sumpah, masih berlegar spekulasi nama-nama pemimpin yang kononnya akan dilantik mengisi kabinet kerajaan.

Tidak kurang ada yang mengeluarkan pendapat supaya orang-orang tertentu diberikan jawatan atas keyakinan boleh membantu menstabilkan kerajaan.

Bagi setiap Perdana Menteri yang baru dilantik, pemilihan barisan kabinet bukanlah mudah. Ibarat menyusun buah catur, jika mempunyai buah catur yang banyak pun, king tetap akan ditawan jika masing-masing tidak main peranan.

Selain memastikan individu dipilih boleh bekerja dengan baik, sudah pasti Perdana Menteri mahukan barisan kabinet dilantik mempunyai pendirian selari dengan beliau bagi membentuk hala tuju negara.

Lebih mencabar perlu memastikan agihan nama-nama yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan parti.

Sudah tentu, tumpuan sama ada Ismail Sabri akan melantik Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau sebaliknya. Jika ya, siapa pula pemimpin Bersatu yang akan memegang jawatan tersebut.

Selain itu, rakyat juga menantikan muka-muka baharu yang akan mengisi kabinet kali ini.

Artikel Berkaitan:

Namun, sudah menjadi kelaziman, setiap kali barisan kabinet diumumkan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati.

Walau apa pun barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri nanti, sewajarnya semua pihak menerimanya dengan hati terbuka. Sudah tentu Perdana Menteri mempunyai alasan tersendiri untuk memilih nama yang difikirkan sesuai dan boleh bekerja dengan beliau.

Yang penting, kabinet baharu ini perlu cepat meneruskan usaha memulihkan negara daripada pandemik Covid-19 termasuk program vaksinasi dan pemulihan ekonomi.

Apa yang perlu dibuat Perdana Menteri kini hanyalah jalan terus dan tidak perlu menoleh ke belakang lagi.