99.85 peratus kes Covid-19 kategori satu, dua

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KUCHING - Kira-kira 99.85 peratus atau 2,021 kes daripada 2,024 kes harian baharu Covid-19 yang dicatatkan di Sarawak hari ini adalah dalam kategori satu yang tidak bergejala dan dua yang bergejala ringan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, satu kes adalah dalam kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan dua kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

JPBN Sarawak memaklumkan terdapat dua kematian baharu direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu di Sarawak kini berjumlah 510 orang.

Menurutnya antara kawasan yang mencatatkan kes yang tinggi adalah Kuching dengan 848 kes, diikuti Samarahan (200), Serian (198) dan Sibu (161).

Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes positif di Sarawak kini mencecah 105,072.

Kes harian yang direkodkan semalam adalah 1,667 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: