Lingling cipta kelas tersendiri

Dari kiri, Nengah Widiasih, Lingling dan Clara Sarahy bersama pingat masing-masing. - Foto Reuters
Dari kiri, Nengah Widiasih, Lingling dan Clara Sarahy bersama pingat masing-masing. - Foto Reuters
A
A
A

ATLET angkat berat China, Guo Lingling mencipta kelas tersendiri apabila tidak hanya memenangi emas, tetapi juga memperbaharui rekod dunia dengan angkatan 109 kilogram (kg) dalam Kategori 41kg Wanita di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis.

Lingling memecahkan rekod tersebut pada percubaan ketiga dengan angkatan 107kg diikuti rekod baharu menerusi angkatan keempat dengan bebanan 109kg.

“Sejujurnya saya gembira dengan kejayaan meriah pingat emas ini untuk China, namun saya lebih teruja apabila dapat memecahkan rekod dunia kerana ini merupakan penampilan pertama di pentas Paralimpik,” katanya.

Pingat perak pula menjadi milik atlet Indonesia, Ni Nengah Widiasih dengan angkatan 99kg manakala Clara Sarahy Fuentes Monasterio dari Venezuela,

meraih gangsa dengan catatan 97kg.

Artikel Berkaitan: