Suami isteri maut motosikal rempuh lori

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori di kilometer 49.5 Jalan Cyberjaya-Dengkil pada Khamis.
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori di kilometer 49.5 Jalan Cyberjaya-Dengkil pada Khamis.
A
A
A

CYBERJAYA - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di kilometer 49.5 Jalan Cyberjaya-Dengkil di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli RFS150 disahkan maut di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori tersebut berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah kerosakan enjin.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh di atas jalan raya disahkan maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, polis masih mengesan waris mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: