Bauksit: Perlu langkah kawalan pencemaran

Ali Akbar
Ali Akbar
A
A
A

KUANTAN - Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) berharap Pembukaan Terminal Laut Dalam Kuantan Port Consortium (KPC) yang dinaiktaraf tidak menyumbang kepada pencemaran berulang akibat kerja-kerja pemunggahan bauksit di kawasan terbabit.

Pengerusinya Ali Akbar Othman berkata, pembukaan terminal laut itu dapat menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan KPC kepada pelanggannya.

Menurutnya, namun pihaknya berharap segala langkah kawalan pencemaran telah diwujudkan bagi memastikan tidak ada sebarang tumpahan atau perkara-pekara yang tidak diingini berlaku.

“Kita amat berharap kementerian terlibat dan kerajaan negeri perlu memandang serius pekara ini dalam proses perbincangan lanjut pengoperasian industri bauksit.

“Ini bagi memastikan pencemaran di dalam proses mengendalikan bauksit dua tahun lalu pastikan tidak akan berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ali Akbar juga mahu pihak KPC dan semua pengendali yang beroperasi di kawasan Pelabuhan Kuantan mesti mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Katanya, begitu juga dengan prosedur dalaman perlu diambil kira oleh pihak terlibat dalam semua aspek keselamatan dan alam sekitar.

Artikel Berkaitan: