X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Perak catat 1,132 kes penipuan dalam talian

Foto 123RF
A
A

IPOH - Sebanyak 1,132 kes penipuan dalam talian direkodkan di negeri ini sehingga Julai lalu, dengan kerugian sebanyak RM27.6 juta, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata, ini menunjukkan peningkatan 10.6 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1,024 kes bernilai RM20.8 juta.

“Trend peningkatan kes ini berlaku di seluruh negara. Saya percaya trend ini dipengaruhi dengan situasi pandemik yang melanda di seluruh negara, di mana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan masyarakat tidak keluar rumah sewenang-wenangnya, dan lebih cenderung untuk membuat pembelian secara dalam talian dan terdedah kepada kes penipuan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program perbincangan ‘town hall’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai cabaran menangani kes penipuan dalam talian, dan langkah-langkah bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan, secara maya di Facebook Rasmi Polis Perak pada Khamis.

Turut menyertai program berkenaan adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Perak, Superintendan Hasbullah Ab Rahman, dan Orang Besar Jajahan Kinta yang mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) negeri Perak, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan.

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash turut menyeru orang ramai supaya berwaspada ketika berurus niaga dalam talian dan jangan mudah terperdaya dengan orang yang tidak dikenali atau terpengaruh dengan tawaran yang akhirnya merugikan.

“Segeralah membuat laporan sekiranya tertipu dengan melayari laman web rasmi PDRM, bagi membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang disenarai hitamkan terlibat kes-kes penipuan,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!