Tiada pengumuman kabinet hari ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet.
Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet.
A
A
A

PUTRAJAYA- Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet.

Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 petang.

Beliau selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz Kuantan, Pahang pada jam 1.38 petang.

Pertemuan berlangsung hampir tiga jam itu bagi mempersembahkan senarai nama jemaah kabinet untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: