Sambut hari jadi di Makkah, Awie selamat pulang...

Foto - Instagram @sayap2wings
A
A

RAMAI kalangan selebriti yang memilih mengerjakan ibadah umrah termasuk vokalis rock terkenal, Datuk Awie atau Azhar Othman.

Ketibaan Awie di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut isteri dan anak-anaknya bersama peminat yang juga ahli Sayap-Sayap Wings.

"Datuk Awie telahpun selamat pulang ke tanah air jam 6.30 petang tadi (semalam) dari mengerjakan ibadah umrah bersama-sama sahabat-sahabat WMGS," makluman daripada status terkini yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @sayap2wings.

https://www.instagram.com/p/BqxHZfflEHb/?utm_source=ig_web_options_share_sheet

Melalui IG tersebut juga, Sayap-Sayap Wings ada memuat naik satu status di IG mereka dengan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Awie pada 24 November yang ketika itu mengerjakan umrah, dan meraikan hari jadinya ke-50 di Tanah Suci pada tarikh tersebut.

Dalam video yang dimuat naik menerusi status yang sama, Awie kelihatan sihat dan kepulangannya turut diraikan keluarganya.

Rasa syukur juga dikongsi para peminat Awie dan Wings menerusi komen pada status berkenaan.

Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia