Replika wau, orang berbasikal di masjid curi perhatian

Md Fakarudin (kiri) memberi Jalur Gemilang kepada Romli Wahab, 51, untuk dipasang di atas bumbung masjid.
Md Fakarudin (kiri) memberi Jalur Gemilang kepada Romli Wahab, 51, untuk dipasang di atas bumbung masjid.
A
A
A

NILAI - Masjid Al Azim, Taman Semarak di sini turut menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan menghias kawasan masjid dengan Jalur Gemilang

Hampir 100 Jalur Gemilang digunakan bagi membentuk replika wau dan orang berbasikal yang membawa mesej masyarakat Melayu dan semangat sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pengerusi Masjid Al Azim Taman Semarak, Md Fakarudin Ab Rahman berkata, masjid yang merupakan antara pusat komuniti setempat turut memainkan peranan untuk menyebarkan mesej semangat patriotisme kepada negara dalam kalangan masyarakat.

Replika orang berbasikal yang dipasang di bumbung Masjid Al Azim Taman Semarak menarik perhatian.
Replika orang berbasikal yang dipasang di bumbung Masjid Al Azim Taman Semarak menarik perhatian.

"Masuk sahaja bulan Ogos, kita mula menghias masjid dengan Jalur Gemilang secara berperingkat dan replika wau serta orang berbasikal dibuat bagi mempelbagaikan hiasan Jalur Gemilang.

"Kita harap bila penduduk di Flat Taman Semarak di sini melihat kibaran Jalur Gemilang, mereka pun turut tertarik untuk buat demikian," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mesej semangat cintakan negara juga dapat ditunjukkan kepada kira-kira 30 peratus warga asing yang menyewa di Flat Taman Semarak.

Ujarnya, walaupun mereka bukan dilahirkan di negara ini, tetapi mereka juga perlu diajak turut sama menghargai keamanan dan kesejahteraan di Malaysia yang telah jadi tempat mereka mencari rezeki.

"Berdasarkan pemerhatian saya, walaupun ada beberapa hari lagi untuk kita sambut merdeka, namun semangat sambutan 31 Ogos di kawasan ini masih berkurangan. Justeru, saya harap penduduk sama-sama dapat kibar Jalur Gemilang di rumah masing-masing," katanya.

Bercerita mengenai replika orang berbasikal yang diletakkan di atas bumbung masjid, beliau berkata, selain mengambil semangat Sukan Olimpik Tokyo 2020, ia juga bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan seperti berbasikal.