Roller coaster paling laju di dunia ditutup

Gambar menunjukkan roller coaster di Taman Hiburan Fuji-Q wilayah Yamanashi, Jepun. - Foto Fuji-Q
Gambar menunjukkan roller coaster di Taman Hiburan Fuji-Q wilayah Yamanashi, Jepun. - Foto Fuji-Q
A
A
A

TOKYO - Sebuah roller coaster paling laju di dunia di kaki bukit Gunung Fuji, wilayah Yamanashi kini ditutup sehingga notis pemberitahuan yang selanjutnya selepas para

penumpangnya dilaporkan mengalami kecederaan yang serius, lapor media tempatan dan asing pada Rabu.

Menurut satu kenyataan yang diperoleh oleh CNN, empat penumpang mengalami kecederaan patah tulang ketika menaiki roller coaster itu pada Disember 2020 hingga Ogos 2021 manakala yang lain pula mengalami kecederaan di leher, dada dan keretakan tulang.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Taman Hiburan Fuji-Q yang mengendalikan roller coaster tersebut menyatakan penutupan tersebut dilakukan ekoran kerja-kerja keselamatan.

Bagaimanapun, ia menyatakan isu kecederaan yang dikaitkan dengan permainan itu masih lagi belum disahkan.

Empat kejadian itu melibatkan wanita dan lelaki berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun tetapi insiden tersebut hanya dilaporkan kepada para pegawai di wilayah

Yamanashi pada minggu lalu.

Dalam pada itu, syarikat Sansei Technologies yang berpangkalan di Osaka yang membina roller coaster tersebut membuat permohonan maaf kepada semua penumpang yang mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Ia mula dibuka pada tahun 2001 dan kelajuan permainan itu kini adalah dari 0 hingga 180 kilometer sejam dalam tempoh hanya 1.56 saat. - Agensi