Agong berangkat ke majlis santapan malam bersama kastam

Al-Sultan Abdullah berkenan beramah mesra serta berswafoto bersama para kakitangan Pengarah Kastam Negeri selepas Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam SeMalaysia di sebuah hotel malam ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), malam ini.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis bermula 8.30 malam itu ialah Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dimulakan dengan acara menghadap dan persembahan cendera kenangan berupa buku, sebelum baginda mengambil tempat menyertai majlis santapan malam bersama kira-kira 350 anggota kastam.

Majlis diteruskan dengan sembah ucapan menjunjung kasih oleh Subromaniam, diikuti acara kemuncak santapan malam.

Majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di sini, turut diserikan dengan persembahan Kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). - Bernama

Artikel Berkaitan: