Cubaan seludup 1,100 murai kampung gagal

Sebahagian burung murai yang akan diseludup keluar negara berjaya dirampas.
Sebahagian burung murai yang akan diseludup keluar negara berjaya dirampas.
A
A
A

ALOR GAJAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Melaka/ Negeri Sembilan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 1,100 ekor burung murai kampung bernilai RM44,000 di perairan Pantai Alai di sini malam Rabu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, dalam kejadian jam 9.15 malam itu, penguat kuasa Maritim menemui beberapa raga berisi burung murai yang belum sempat dibawa masuk ke dalam bot.

Menurutnya, dalam operasi itu sebuah bot disyaki digunakan untuk aktiviti penyeludupan bertindak memecut laju ke arah pantai selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

"Sebaik menghampiri bot berkenaan dua individu yang berada di dalam bot terbabit melarikan diri ke kawasan semak.

"Pemeriksaan yang dilakukan menemui burung murai yang dipercayai untuk pasaran negara jiran kerana permintaannya yang tinggi. Kita mengesyaki warga tempatan warga tempatan menjadi dalang penyeludupan ini.

"Kes disiasat mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan: