Padah buat aksi drift, pemandu kereta ditahan

Pamandu kereta buat aksi drift ditahan di Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Selasa.
Pamandu kereta buat aksi drift ditahan di Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta serta melakukan aksi drift di lampu isyarat di hadapan Wisma Tani Jalan Sultan Salahuddin di sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan di Maju Junction Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 4.30 pagi.

"Lelaki itu telah ditangkap atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kereta jenis Nissan Cefiro miliknya telah ditahan di bawah Seksyen 64 akta sama.

"Pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah dibuat dan dua saman dikeluarkan atas kesalahan penyerab bunyi tidak mengikut spesifikasi dan ubah suai bentuk serta peralatan kenderaan," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, lelaki terbabit juga perlu hadir serta membawa kenderaannya ke JPJ dalam tempoh 15 hari untuk pemeriksaan kenderaan.

"Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaaan itu membuat aksi drift hanya ingin melepaskan kebosanan serta ingin mendapatkan keseronokan ketika Pelan Pemulihan Negara Fasa satu ini dilaksanakan," katanya.

Sarifudin berkata, lelaki itu direman dua hari bernula Selasa sehingga Rabu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Artikel Berkaitan: