Bayi Afghanistan lahir dalam penerbangan, diberi nama 'Reach'

Ibu bapa Reach dalam penerbangan dari pangkalan di Qatar selepas meninggalkan Afghanistan pada Sabtu. - Foto Twitter Air Mobility Command
Ibu bapa Reach dalam penerbangan dari pangkalan di Qatar selepas meninggalkan Afghanistan pada Sabtu. - Foto Twitter Air Mobility Command
A
A
A

WASHINGTON - Seorang bayi perempuan Afghanistan yang dilahirkan di dalam sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat C-17, diberi nama 'Reach' sempena nama pesawat dinaiki ibu dan bapa bayi itu.

"Kita telah berbual dengan ibu dan ayah bayi itu, mereka menamakannya 'Reach' sempena nama pesawat C-17 yang menerbangkan mereka dari Qatar ke Ramstein,” kata Komander U.S European Command Jeneral Tod Wolters pada Rabu.

Ibu bapa Reach dalam penerbangan dari pangkalan di Qatar selepas meninggalkan Afghanistan.

US Air Mobility Command (AMC) dalam satu kenyataan memaklumkan bayi itu dilahirkan pada Sabtu.

Reach dan ibunya dibawa ke hospital tempatan di Jerman dan dilaporkan berada dalam keadaan baik, menurut AMC. -Bernama

Artikel Berkaitan: