Sepasang kekasih antara empat individu diberkas edar dadah

Gambar kiri : Pelbagai jenis dadah dirampas dalam serbuan di sebuah rumah. Gambar kanan : Antara dadah yang dirampas dalam beg tangan suspek dalam serbuan di tempat letak kereta, Jalan Ritchie Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Gambar kiri : Pelbagai jenis dadah dirampas dalam serbuan di sebuah rumah. Gambar kanan : Antara dadah yang dirampas dalam beg tangan suspek dalam serbuan di tempat letak kereta, Jalan Ritchie Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih antara empat individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang, di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57,630 dalam serbuan berasingan pada jam 9.20 malam.

"Pada serbuan pertama, kita menahan seorang suspek di tempat letak kereta, Jalan Ritchie Off Jalan Ampang.

"Dalam serbuan tersebut, kita telah berjaya merampas dadah jenis methamphetamine anggaran berat 66.30 gram dan 50 biji pil erimin 5 di dalam beg dipegang suspek dan menyita wang tunai RM720," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Mohd Shokri berkata, hasil soal siasat yang telah dijalankan terhadap suspek, tiga lagi suspek berjaya diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ritchie Off Jalan Ampang.

"Kita merampas dadah jenis methamphetamine (954 gram), ganja (376 gram) dan 1,000 pil erimin 5 serta menyita wang tunai RM300," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati premis tersebut dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa sejak tiga bulan lalu oleh salah seorang suspek dengan bayaran RM2,800 sebulan.

"Hasil ujian urin, keempat-empat suspek berusia 23 hingga 30 tahun itu didapati positif dadah methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

"Mereka turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu hingga Selasa bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya.