X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Mangsa banjir tiga daerah di Perak catat penurunan

Bilangan mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan iaitu 193 orang daripada 50 keluarga berbanding 241 orang daripada 66 keluarga, setakat 8 pagi tadi. Gambar hiasan
A
A

IPOH - Bilangan mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan iaitu 193 orang daripada 50 keluarga berbanding 241 orang daripada 66 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Matang menyaksikan pengurangan besar apabila hanya 22 orang daripada tujuh keluarga berbanding 70 orang daripada 23 keluarga semalam.

“Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian iaitu di PPS SK Changkat Lobak masih kekal seramai 111 orang daripada 26 keluarga.

“Mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu juga kekal 60 orang daripada 17 keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman sesawang rasminya memaklumkan, ribut petir di satu atau dua tempat diramal berlaku pada sebelah petang ini. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!