MB Pahang tiba di Istana Abdulaziz

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam 11.30 pagi Khamis.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam 11.30 pagi Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam 11.30 pagi Khamis.

Kehadiran Wan Rosdy bagi menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Sebelum itu, kenderaan rasmi yang membawa Ismail Sabri dilihat memasuki pintu masuk utama Istana Abdulaziz tepat jam 10.53 pagi Khamis.

Beliau diringi konvoi dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Sultan Pahang.

Difahamkan, majlis menghadap Al-Sultan Abdullah ini adalah bagi menyampaikan senarai cadangan barisan kabinet baharu kerajaan Persekutuan selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Sabtu lalu.

Susulan itu, lawatan Ismail Sabri itu mencuri tumpuan media kerana ini adalah lawatan sulung beliau ke Pahang.

Bagaimanapun, setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan yang berlangsung itu.

Artikel Berkaitan: