20 penduduk Palestin cedera di sempadan Gaza

Gambar fail menunjukkan penduduk Palestin berhimpun di sempadan Gaza dengan Israel pada 21 Ogos lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan penduduk Palestin berhimpun di sempadan Gaza dengan Israel pada 21 Ogos lalu. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Kira-kira 20 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di sempadan Gaza pada Rabu, kata sumber perubatan di Gaza.

Menurut sumber, itu, pasukan keselamatan rejim Zionis melepaskan peluru hidup sekali gus menyebabkan sebahagian penduduk Palestin cedera.

Tentera negara haram Israel kemudian membuat ciapan di Twitter dengan menyatakan kira-kira 1,000 penduduk Palestin berhimpun pada Rabu lalu dan ada antara daripada mereka yang membakar tayar.

Terdapat juga yang percaya bahawa kira-kira 3,000 penduduk Palestin berhimpun di sempadan itu.

Menurut AFP, sejak tahun 2018, penduduk Gaza telah memulakan bantahan bagi menuntut rejim Zionis menamatkan sekatan dan hak-hak mereka untuk kembali ke tanah air selepas diusir keluar oleh rejim Zionis apabila terbentuknya negara haram Israel pada tahun 1948.

Tunjuk perasaan yang diadakan itu kadangkala bertukar menjadi ganas sehingga 350 penduduk Palestin telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel di Gaza dalam tempoh lebih daripada setahun. - Agensi

Artikel Berkaitan: