Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan campur tangan BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan campur tangan BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM40.3 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.3 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat juga akan mengadakan tender lelongan julat tempoh matang bernilai RM6 bilion bagi tempoh empat hingga 32 hari, tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM3.6 bilion selama tujuh hingga 28 hari, tender repo RM200 juta selama 32 hari dan repo berbalik bernilai RM200 juta selama 32 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi (CCM) bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional berjumlah sehingga RM33.5 bilion dan RM17.7 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -Bernama

Artikel Berkaitan: