'Kita tunggu fitnah Pas cetak wang pula'

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 'menantikan' fitnah seterusnya terhadap parti Islam itu.

Menulis di Facebooknya, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok secara sinis berkata, mungkin selepas ini Pas akan difitnah mencetak wang pula.

"Dari fitnah terima wang, kini Pas difitnah beri wang pula.

"Kita tunggu lepas ni fitnah Pas cetak wang. Lepas cetak, kita tabur laa," katanya.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, hari ini membuat pendedahan bahawa portal itu menerima bayaran sebanyak RM1.4 juta daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada akhir Januari lalu.

Menurut Clare, portal itu bersetuju untuk menerima pembayaran tersebut termasuk syarat Abdul Hadi supaya kedua-dua pihak merahsiakan pembayaran tersebut.

Susulan pendedahan itu, pelbagai pihak mendesak Pas mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan nama parti itu sekiranya dakwaan Clare tidak benar.

Artikel Berkaitan: