Masyarakat Malaysia perlu berbudi, penyayang

Program ‘Better Family, Better Nation’ menampilkan Hussamuddin, Namanzee dan Ketua Fazrul sebagai panel manakala Zaim bertindak sebagai moderator.
Program ‘Better Family, Better Nation’ menampilkan Hussamuddin, Namanzee dan Ketua Fazrul sebagai panel manakala Zaim bertindak sebagai moderator.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Fazrul Ismail menyifatkan masyarakat di negara ini perlu bersifat berbudi dan penyayang.

Menurutnya, mereka perlu lebih saling berbaik dan bukan saling menyakiti antara satu sama lain yang kini sering banyak berlaku.

“Membina masyarakat berbudi dan penyayang ini kita dapat belajar daripada petani yang menjaga pokok sampai pokok itu membesar.

“Contoh seorang ayah dan ibu yang anaknya kecil sampai besar semangatnya untuk berbudi tanpa mengharapkan apa-apa, sayangi tanpa syarat. Itulah kriteria yang kita perlukan untuk masyarakat Malaysia itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program ‘Better Family, Better Nation’ yang disiarkan menerusi Facebook TickTalk TV pada Rabu.

Antara panel terlibat termasuklah Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Namanzee Harris manakala Zaim Zamri yang bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Fazrul turut menempelak dengan sikap sesetengah pihak atau disifatkannya sebagai ‘jabatan netizen’ di media sosial yang cepat menjatuhkan hukum.

“Belum apa-apa lagi orang itu buat baik sahaja sudah banyak hukuman dikeluarkan,” ujarnya sikap itu adalah tidak baik.

Artikel Berkaitan:

[LIVE] BETTER FAMILY BETTER NATION

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan negara. Tanpa institusi keluarga yang mapan, kewujudan negara yang membangun tidak akan sempurna. Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat dan negara yang bakal dibina. Bersama Dato' Husamuddin Hj Yaacub ( Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas) Tuan Namanzee Harris ( CEO TV Al-Hijrah) Tuan Fazrul Ismail ( Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas) Tarikh: 25 OGOS 2021 (Rabu) Masa: 9.00 Malam Medium: Facebook TickTalk TV #TickTalkTV #RoadToMalaysia #QuranHour Malaysia #QuranHour

Posted by TickTalk TV on Wednesday, August 25, 2021