Dos kedua vaksin J&J berupaya tingkatkan imuniti

Suntikan kedua dos vaksin Covid-19 Johnson & Johnson (J&J) berupaya meningkatkan imuniti melangkaui dos pertamanya.
Suntikan kedua dos vaksin Covid-19 Johnson & Johnson (J&J) berupaya meningkatkan imuniti melangkaui dos pertamanya.
A
A
A

WASHINGTON - Suntikan kedua dos vaksin Covid-19 Johnson & Johnson (J&J) berupaya meningkatkan imuniti melangkaui dos pertamanya.

Menurut syarikat terbabit, dua ujian klinikal yang dilakukannya menunjukkan suntikan tambahan itu berupaya meningkatkan antibodi penerima sebanyak sembilan kali ganda.

Bagaimanapun, kenyataan media yang dikeluarkan tidak menetapkan tempoh masa bila suntikan kedua berkenaan wajar diambil, namun berdasarkan laman sesawang kerajaan, syarikat itu menjalankan beberapa ujian selang enam bulan.

Laporan itu dikeluarkan ketika Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan keberkesanan vaksin Covid-19 secara keseluruhannya menurun selepas varian Delta virus itu menjadi dominan.

Menerusi kajian yang sedang berjalan, petugas kesihatan AS diinokulasi dengan vaksin Pfizer dan Moderna mampu menangkis semua jenis jangkitan tetapi keberkesanannya menurun daripada 91 kepada 66 peratus disebabkan varian Delta.

Namun, menurut pakar, perlindungan terhadap kesan serius Covid-19 dan kematian kekal stabil melebihi 90 peratus.

Sebelum ini, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, mengumumkan perancangan supaya semua rakyatnya menerima vaksin jenis Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA iaitu Pfizer dan Moderna.

Ia akan disuntik sebagai dos ketiga, lapan bulan selepas menerima dos kedua.

Artikel Berkaitan:

CDC sebelum ini menjangkakan keperluan dos kedua vaksin J&J, namun ia memerlukan data lebih terperinci sebelum membuat sebarang cadangan. - AFP