Banglo subsale, peluang pembeli 'tinjau’ rumah mewah

Inilah peluang terbaik untuk mereka membeli hartanah impian dan mereka juga boleh membuat tawaran agar mendapat harga lebih rendah daripada harga pasaran.
Inilah peluang terbaik untuk mereka membeli hartanah impian dan mereka juga boleh membuat tawaran agar mendapat harga lebih rendah daripada harga pasaran.
A
A
A

SUDAH menjadi kebiasaan, setiap kali hendak pulang ke rumah dari pejabat, Merak Jalanan akan melalui jalan yang melintasi kawasan perumahan mewah di Seksyen 9, Shah Alam.

Sengaja Merak Jalanan hendak menjamu mata dan tidak pernah rasa jemu melihat reka bentuk serta luaran rumah-rumah mewah di situ.

Dalam banyak-banyak rumah yang sering dilihat, terdapat sebuah rumah berwarna biru mencuri perhatian Merak Jalanan. Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai laman yang besar dan warna birunya nampak amat eksklusif.

Merak Jalanan hanya mampu memasang impian andai boleh memiliki rumah seperti itu. Baru-baru ini, ketika Merak Jalanan melayari laman web jualan hartanah di atas talian, mata Merak Jalanan terlihat rumah banglo biru itu dipasarkan sejak Oktober tahun lalu.

Bukan sahaja banglo biru idaman Merak Jalanan disenaraikan, malah beberapa rumah elit di kawasan berhampiran turut diletakkan untuk jualan.

Itu bermakna sejak kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac tahun lalu, bukan sahaja B40 dan M40 terjejas, golongan T20 tidak terkecuali sehingga ramai terpaksa menjual rumah mereka.

Yang menariknya apabila rumah-rumah itu disenaraikan, dapatlah Merak Jalanan melihat dan meninjau keadaan dalam rumah tersebut.

Sebenarnya bagi mereka yang mempunyai tabungan awal, sudah pasti inilah peluang terbaik untuk mereka membeli hartanah impian dan mereka juga boleh membuat tawaran agar mendapat harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Artikel Berkaitan:

Namun, harga rumah subsale jauh berisiko dan mahal, berbanding rumah baharu atas faktor usia rumah dan keadaan fizikal rumah yang telah lama diduduki.

Adakah trend pemilikan hartanah tahun ini akan menunjukkan perubahan berbanding 2019? Pada 2019, lebih ramai rakyat Malaysia membeli rumah undercon berbanding subsales. Itu sebelum Covid-19 melanda negara.