Askar maut ditembak di selatan Thailand

Pegawai berkumpul di sebuah hospital tempatan di Narathiwat, di mana mangsa dihantar selepas ditembak.
Pegawai berkumpul di sebuah hospital tempatan di Narathiwat, di mana mangsa dihantar selepas ditembak.
A
A
A

NARATHIWAT - THAILAND. Konflik di selatan Thailand berterusan apabila seorang askar maut ditembak penyerang bermotosikal dalam kejadian di daerah Bacho, petang semalam.

Mangsa, Ekamarin Sriraksa, 24, maut terkena enam das tembakan semasa dalam perjalanan pulang ke markas di Wat Urai selepas bermain bola sepak di kampung Ban Dookoo Surao, kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan).

Polis berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal berseorangan.

"Saksi berkata, dua lelaki bermotosikal menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi.

"Pegawai yang memeriksa lokasi kejadian percaya mangsa cuba lari menyelamatkan diri berdasarkan kesan tompokan darah ditemui di kawasan belukar berhampiran.

"Namun, penyerangnya terus mengekori mangsa dan melepaskan beberapa lagi das tembakan sehingga mangsa mati," kata polis.

Polis menyalahkan puak pemisah sebagai dalang serangan. - Agensi

Artikel Berkaitan: