Lebih mudah dari sebelum ini: Zizie Izette

ZIZIE DAN ANAK
ZIZIE DAN ANAK
A
A
A

PELAKON, yang juga kakak kepada aktor, Shaheizy Sam iaitu Datin Seri Zizie selamat melahirkan cahaya mata perempuan, tengah hari tadi.

Menurut Zizie, hari yang dinantikan akhirnya tiba dan dia bersyukur kerana segalanya dipermudahkan.

"My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg.

"Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank you everyone for your doa," tulisnya menerusi Instagram miliknya.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Pasangan ini telah dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, selain itu mereka juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Artikel Berkaitan: